ragam di tempat kerja

hey...hey....
lama x menjengah blog kesayangan aku nie...
klu nak dihitung dekat berbulan2..
seyes, aku rindu nak mem"blogging" nie..
banyak citer ingin aku kongsi bersama..
cuma aku ketiadaan masa sahaja..
lately nie, aku sgt sibuk sket..
ye la, sibuk bekerja dan sebagainya...

Alhamdullilah, aku dah kerja sekarang..
walaupun kerja nie bukan sepatutnya dalam bidang aku
tapi aku x kisah sgt...
ape yang lalu di depan mata aku
aku "grab" je...
kalau ade rezeki laen
insyaallah tak ke mana kan?

percaya tak setiap tempat kerja baru mesti ade orang yang x best...
maksud aku, sesetengah orang suka, dan sesetengah lagi orang x suka..
aku percaya, mesti adakan...
begitu jugak dengan tempat aku nie..

Actually, aku ingin memohon maaf terlebih dahulu
seandainya citer aku nie mengguris hati mana2 pihak

Al-kisahnya...
ade 2 orang supervisor di tempat aku nie...
si A dan si B

Actually, aku x sokong mana2 pihak, baik si A mahupun si B
Tapi aku sebagai orang yang berpendidikan
dapat membezakan mana patut aku ikut atau tidak,
mana yang baik atau buruk
dan sebaliknya

Kekadang tuh agak kelakar bila melalui karenah manusia di alam pekerjaan nie
Kekadang jugak kita tersepit dengan karenah kedua-dua belah pihak..
Haizz...

Cerita pertama mengenai si B
Semua orang di department aku tidak menyukai beliau
kenapa hal ini berlaku???
mengikut cerita yang aku dengar daripada golongan yang tidak menyukai beliau
beliau nie seorang yang tegas, suka marah2 dan menegur, dan tidak suka bergaul
dengan orang bawahan

malahan beliau dikatakan suka mengipas orang atasan

baru2 nie, satu pergaduhan telah berlaku di departmen aku
si B nie kene sepak terajang dgn si C (orang bawahan)
isunya, si B nie menegur perkara tidak sepatutnye si C bwat
Malangnye, si C nie panas baran orangnye
plus dia dah lama berdendam dengan si B nie...
so tercetusnya pergaduhan..
Keadaan agak tegang ketika tuh...
Akhirnya, klu x silap, si C nie dibuang keje...

Apa yang aku leh komen ialah
sebenarnya walaupun kita orang atasan atau yang ada jawatan
kita x sepatutnya terlalu megah sgt..
tidak bergaul mesra dengan orang bawahan
bergaul tuh boleh tapi mesti ade jurang antara yang berjawatan dan yang x berjawatan
lagi satu, sikap pon nak kene jaga
jgn suka mencari kesalahan orang laen
sedangkan kita pon ade salahnya

cerita si A plak..
kisahnya terbalik plak dengan kisah si B
semua orang suka akan sikap si A nie
alasannya si A nie bijak mengambil hati orang2 di sekeliling beliau
makan bersama, gosip bersama, kerja bersama
senang citer ape si A cakap semua orang setuju dengan beliau

Tetapi si A nie tidak baek dengan si B....
Cuma depan2 diaorg nampak mesra sgt...
Tp sebenarnya, klu di belakang, diaorg saling tidak puas hati antara satu sama laen..
Erm, biar la dengan masalah diaorg tuh...

Satu lagi sikap si A nie...
Mulut dia agak berbisa sedikit...
Dan suka menokok tambah cerita supaya cerita itu lebih sensasi lagi..
malahan si A nie agak malas sedikit untuk melakukan keje..

Komen aku?
Aku x berapa suka sgt dengan mulut si A nie..
Walaupon aku xde masalah dengan dia
Tapi bila aku dengar, kekadang tuh aku plak yang sakit hati
dah tua2 pown mulut still x lekang dari caci maki

Apa yang boleh aku simpulkan di sini ialah
walaupun aku baru je bekerja sebulan di situ
kekadang tuh keadaan sekeliling yang membuatkan kita terus hendak bekerja
dan keadaan di sekeliling tuh jugak memaksa kita untuk tidak terus bekerja di situ

sebenarnya sikap mencerminkan sapa kita sebenarnya
tidak kisah la kita ade jawatan
apa yang penting orang hormat dengan kita sebagai pemimpin
bukan orang membenci kita sebab jawatan yang kita ada

lumrah manusia ada yang menyukai kita dan sebaliknya
apa yang penting
amanah yang dipertanggungjawabkan,
kita laksanakan dengan sebaik mungkin

p/s
cerita nie bukan hendak membuka pekung kedua-dua belah pihak
cuma untuk dijadikan pengajaran atau supaya kita berfikir
tentang situasi di tempat kerja
aku percaya bukan aku sorang saje yang mengalami situasi macam nie..
pasti korang yang membaca mengalaminya juga
cuma situasi sahaja yang berbeza....

kekadang tuh aku sendiri x suka apa yang aku lalui skrg nie...
tapi memandangkan niat aku untuk bekerja
nak x nak, aku wat x kesah dan malas nak amik port dengan diaorg..
baek aku bwat hal aku sendiri...
ada telinga dengar, ada mata lihat!
chow!

salam AIDILFITRI 2010

Jika aku memohon ampun & maaf
Bukan kerana hari ini hari LEBARAN
Tetapi kerana keredhaan dari ALLAH SWT
Yang telah membukakan pintu kejujuran hati nuraini
Yang mengakui segala kekhilafan & kealpaan
Dengan segenap kekesalan
Aku memohon ampun dan maaf

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN!


p/s
bwat semua yang mengenali diri ini
mohon halalkan segalanya...
0-0 ye! (^_^)

.::tempahan barangan elektronik murah::.

Berita baek untuk kawan-kawanku di luar sana.....

Aku mengambil tempahan kepada mana2 yg berminat untuk menempah barangan elektronik seperti laptop apple, HP, DELL, SONY, iphone 3gs, blackberry storm, tv lcd 40 inch jenama samsung dan LG dan lain-lain.

Di sini aku listkan senarai barang yang aku jual. Setiap barang dikenakan deposit sebanyak RM200. Kalau korang beli 2 barang, so kene bayar RM400 untuk deposit. Baki pembayaran hendaklah diselesaikan 1 atau 2 hari sebelum barang sampai. Warranty, resit pembelian akan diberi semasa proses pemberian barang. Barangan adalah original, bukan made in china or singapore. Barangan akan tiba dalam masa sebulan atau sebulan lebih.

Proses tempahan:

bank in ke akaun maybank: 151191345846
nama saya: muhamad shafiq bin ibrahim


sila sms saya ke 017-9080803 (shafiq) selepas proses bank in seperti berikut:
tarikh dan masa bank in, nama penuh, alamat, no phn dan jenis barang yang hendak ditempah.

perhatian:

1) tiada deposit, tiada barang akan di order
2) barang akan sampai complete one set
3) harga barang murah sebab kami membuat tempahan secara pukal dan direct terus kepada kilang
4) kalau rasa kurang percaya atau tipu, sila jangan order.

tarikh tutup tempahan pada 29 ogos 2010
selepas itu segala tempahan laen tidak di layan.

Anda jugak boleh melawat ke wall photo di facebook saya untuk melihat list barangan
id fb saya: fick comot

tempahan boleh dibwat melalui:
shafiq (017-9080803)
sekiranya saya tidak mengangkat telefon anda, sila sms saya~

.::WIRA JEPUN::.

Ade apa dengan wira jepun?
Haish...

Actually, korang mesti x caya kan...
Even, umur aku dah nak masuk 23thn..
Aku still lagi tgk citer2 cam power rangers..

Peghh..
Aku minat giler dgn citer2 cam th...
HAHA

Dulu teringat lagi...
Masa kecik2 dulu....
Tiap2 petang, sanggup tunggu semata-mata nak tgk citer maskman..
Korang ingt lagi x citer tuh?

Bukan setakat maskmen jew, jetmen, flashman, power rangers...
Tapi masa aku darjah 6 kowt, power rangers disiarkan..
Sorry x berapa nak igt btol ke x...
Masa tuh, beruntung la sebab aku dok johor..
So, channel singapore kami dapat...
Tgk la power rangers kat channel singapore (TCS5)
Sebab, channel malaysia siar lambat sgt..
Ngeeee~

Antara sebab aku suka tgk
suka tgk diaorang fight dgn org jahat and raksasa
costume pown cantik2
Yang penting power masing2 best!

Neway, klu korang ade link yang leh download citer2 cam nie,
bgtau la aku....
Leh bwat pengubat rindu
selain tgk citer power rangers
TV2 kol 10.00 pagi setiap hari ahad..
Hohoho~

p/s
skrg nie tgh melayan citer bloggerboy....
download kat www.8tvcom.my je...

.::Resepi: lempeng::.

Hari nie aku untuk berkongsi resepi dengan korang semua..
Resepi kali ini ialah LEMPENG
Actually, senang je nak bwat lempeng nie...
memang paling senang dan mudah...

Bahan-bahan:
Tepung gandung 1kg
Telur 2 biji
Garam
Air (jgn guna air panas!)

Cara penyediaan:
1) Mula-mula bancuhkan tepung dengan air, garam dan telur
2) Pastikan tidak terlalu banyak air semasa membuat bancuhan dan kacau perlahan2 sehingga sebati
3) Untuk memudahkan kerja, blend semua bancuhan tersebut dengan menggunakan blender sehingga tiada ketulan2 tepung kelihatan
4) Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau terlalu pekat
5) Sedia untuk di masak dan pastikan api tidak terlalu kuat.

Senang kan?
Kalau aku balik je umah, mesti mak aku suruh aku bwat...
Haha..

Opss, lupa plak nak bgtau..
Cadangan untuk bahan pencicah ialah sambal tumis ikan bilis atau sambal sardin atau asam pedas atau kari
Tapi, aku lebih suka makan dgn sambal sardin dan sambal ikan bilis...
Yummy2!!!


p/s
sebab letak telur kerana supaya lempeng kita lembut ketika dimakan
dan jgn guna air panas, klu x alamatnye berketul la tepung tuh....
Guna air paip sudah..
HEHE~

.::LADY GAGA FASHION::.

Bile sebut je nama LADY GAGA, ape yang korang fikir?
Kalau aku la, fashion yang pelik, lagu bad romance dan poker face...
ngeee...~

Kali nie, aku sempat mencari beberapa fashion pelik lady gaga untuk sama2 kita perlihatkan...
Bagi aku, pelik tp unik...
Nak minx maaf dulu coz banyak gambar2 sexy...
Ape2 pown layan~



p/s
teringin nak pakai pelik2, tp nak pi ke mana ye?

.::walimatulurus::.

Kawin, kawin, kawin.....
Selamat pengantin baru buat kawanku a.k.a senior aku
DEQNO & suami...

Majlis telah berlangsung pada 13 Jun 2010 di Taman Sri Gombak...
Actually, diaorg nie telah selamat bernikah pada bulan 3 yang lepas..
Al-maklum la, kedua-dua mempelai merupakan guru sekolah...
Kalau x silap aku, diaorang bertemu jodoh di sekolah yang sama...
Kalau dah jodoh tu, x ke mana kan..
Neway, congratulation...



Semoga berbahagia ke akhir hayat......
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!

p/s
Past nie turn abg ijan plak ye!
makanan dia memang superb....
2 round aku makan..
Hahaha....

.::siput masak lemak cili api::.

Okeh, hari nie aku akan berkongsi resepi bersama korang semua....
Resepi kali ini ialah siput masak lemak cili api....

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Bahan A (dikisar):
Bawang merah
Bawang putih
Cili Api
Halia

Bahan-bahan lain:

Santan pekat

Siput

Nenas (potong tidak terlalu besar)

Daun kencur (dihiris halus)
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Ajinamoto

1. Mula-mula rebus nenas bersama beberapa biji cili api sehingga nenas itu separuh masak.

2. Kemudian, angkat dan toskan nenas itu ke tepi.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan A selama beberapa minit. Kemudian, masukkan siput kacau sehingga sekata.

4. Masak siput tersebut selama beberapa minit dan masukkan santan pekat.

5. Didihkan masakan tersebut sambil kacau perlahan-lahan.

6. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.

7. Masukkan nenas yang telah ditoskan tadi dan hirisan daun kencur. Kacau perlahan-lahan.

8. Nenas juga boleh digantikan dgn asam belimbing dan juga tomato. Ikut selera masing-masing.

9. Masak selama beberapa minit dan sedia untuk dihidang.

(Kredit pada mak aku sebab bagi resepi nie kat aku)

p/s
Senang je masak lemak cili api nie....
Pic yg kat atas tu, aku yg masak...
Jgn x caya plak..
Hehehehe

.::A.K.U::.

Dear my blog,

Aku teramat merindui kamu...
Im so sorry becoz almost 5 week aku x update!

Alhamdullilah, sem lepas merupakan sem terakhir aku belajar di UNIVERSITI MALAYA
Terasa singkat plak masa berlalu...
Yang semestinya aku akan merindui detik2 manis sewaktu bergelar mahasiswa + bersama kawan2....

Insyaallah awal bulan 8 nanti aku akan bergraduasi...
Tyme tu mest best coz dapat jumpe kawan2 lama yang lama x jumpe...
Dila, sakia, dayang, jannah....

Now, sekarang aku tengah mencari kerja...
Hurm, actually agak susah sekarang untuk mencari kerja..
Seyesly, itu apa yang aku alami la....
So, kepada sesiapa yang terbaca blog aku nie, klu la ade kerje kosong, plz bgtau aku tau!
HAHA (saje je nak promote diri sendiri)

Actually, aku nak citer satu kisah nie....
Saje je aku nak luahkan
HAHA

Last week aku beli kipas kaki yang kecik...
Al-maklumlah, aku nie bru je pindah ke bilik sewa...
Jadi, terpaksa la beli kipas memandangkan bilik aku itu teramat la panas + bahang sebab xde kipas....
Sedih je..Sob...Sob...

Actually, aku dah beli pown kipas..
Akan tetapi kipas tu ade masalah plak....
So, terpaksa la anta semula ke kedai tu untuk check ape yang patut...

Tempat aku beli kipas tu kat masjid jamek...
Semasa aku ondaway ke kedai tersebut di msjid jamek..
Enta, tetiba je hati ni tersentuh..
(Alamak, sensitif sgt kan aku nie?)

Kalau korang perasan, ade je orang jual2 kat masjid jamek tuh tanpa lesen...
Ada yang jual stokin, mini mesin jahit, tudung, gelang tangan dll
Pada pengamatan aku, peniaga2 nie terdiri daripada bangsa asing..
Maksud aku, kebanyakkannya terdiri drpd orang indonesia

Actually, aku nie mudah kesian...
Masa aku lalu nak ke kedai, tetiba peniaga2 nie cepat2 kemas barang mereka dan cabut...
Mereka terdiri daripada makcik2 tua yang kelam kabut menyelamatkan diri drpd ditangkap pihak berkuasa
Ye la, takut pihak berkuasa merampas barang mereka memandangkan mereka tiada lesen perniagaan yang sah untuk berniaga di situ...

Bile melihat situasi tersebut....
Aku terfikir, sebenarnya memang susah nak mencari rezeki dan duit...
Kalau la aku berada di tempat mereka, tentu aku pown akan melakukan tindakan yang sama iaitu menyelamatkan diri dan barang jualan

Actually, mak ayah aku pown berniaga....
Sedikit sebanyak aku dapat merasakan betapa susahnya nak mencari rezeki
Sebab berniaga nie ade pasang dan surutnya....
Aku bersyukur banyak2 sebab dengan berniaga nie la keluarga aku menyara aku sampai ke menara gading..
Alhamdullilah....


p/s
Cari la tempat yang sah untuk berniaga, so hati pon tenang....
Aku sangat sayang pada mak aku!!!

♥ SELAMAT HARI IBU ♥

Orang kata aku lahir dari perut mak…
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak


Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak


Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau….mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku….mak

Yang selalu puji aku….mak

Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak


Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak


Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak


Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak…
Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.


Berderai air mata jika kita mendengarnya…..


Tapi kalau mak sudah tiada…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….


berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Artikel ini di ambil dr "
tentang cinta"

p/s

Aku sayang mak aku!
Hanya ALLAH sahaja yang tahu....

tag oh tag!

Tetiba tergerak hati untuk membaca tag kat blog azfar . Actually, ini kali pertama aku wat tagged nie..Sorry la kekawan yg dulu tagged aku...Seriuosly, aku xde mood nak bwat...Hahahaha..Pe2 pown, kita layan tagged ini...


[1] 3 Names in your inbox cellphone

- abg acap

- Opie

- Jannah


[2] Your main ringtone?

- Indigo - Istimewa


[3] What U did at 12 last night?

- Baca komik lawak POP GANG


[4] Who was the last person[S] U went out with?

- Ika (coursemate)


[5] The color of T-shirt you're wearing now?

- Biru


[6] The last thing you did?

- Kuar pi teman kawan2 makan


[7] 3 of your everyday favourite items?

- Komputer

- Handphone

- Cermin mata (penting wooo!)


[8] The color of your bedroom

- Green (favourite color!)


[9] How much money in your wallet now?

- RM185.00


[10] *Soalan 10 tak nampaklah pula. Jadi, kira 'pass' lah..


[11] Your favourite song?

- Istimewa sebab hari2 aku dgr lagu tuh...ahahahha


[12] What will you do next weekend?

- Study wey! isnin exam...huuhhuuh


[13] When was the last time U saw Ur Mum?

- 22-24 April (masa tu balik umah kejap)


[14] Where is she now?

- Kat kedai. Tgh masak skrg nie kowt....


[15] When was the last time you talked to your parents?

- 24 April 2010


[16] Who is the last person that texted U?

- Friends kat facebook...hahahaha


[17] Where did U have your dinner last night?

- Makan kat dewan santapan....


[18] The last surprise you got?

- Enta, x igt lol!


[19] Last thing U borrowed from ur friends?

- Pensil dobi..


[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?

- Mana ade...still single =]


[21] What do you feel now?

- Nak makan sushi...


[22] Wanna share with who?

- Sesorang sudah..Kalau ade pown, dgn org yg minat makan sushi...

[23] Who knows ur secret?

- Tak ada rasanya...

[24] They keep ur secret?

- Yang tu saya pasti. Klu de pown, bkn la secret yg besar sgt coz aku jarang bukak cite pasal diri aku kat org...hahahaah

[25] Are you angry with someone?

- Ari nie macam2 perasaan ade..Marah + tension + bengang! FUCK pada sesiapa yg berkenaan ari nie!


[26] What do you order at McD?

- Double Big Mac..


[27] The last time you felt so sad?

- Last 3 days kowt..X ingat..Pasal polis menembak mati budak...


[28] What is your wish for tomorrow?

- Datangnya semangat berkobar-kobar untuk study!


[29] Who will U tag next?

- Sesiapa yang baca tag nie, sila la bwat ye.........Hahaha~~~~

☃ FLAMING STEAMBOAT ☃

Jom, jalan-jalan cari makan!

Nama restaurant ini ialah Flaming Steamboat...
Menu utamanya semestinya steamboat.....
Lokasi restaurant ini betul-betul bersebelahan dengan SUNWAY PIRAMID....
Dengan berkonsepkan buffet iaitu makan sampai kenyang a.k.a kembong peroot sure korang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan...
Antara menu yang disediakan ialah segala jenis makanan laut. Antaranya udang, sotong, lala, kerang, ayam, ikan, ketam dan x lupa juga segala jenis yong tau fu, sayur-sayuran, buah-buahan, ice krim, dan banyak lagi la....
Banyak pilihan yang disediakan...
Bagi penggemar steamboat, jgn lepaskan peluang untuk berkunjung ke restaurant nie...
Sure sekali pergi, nak datang lagi...
Korang mesti tertanya-tanya, berapakah harga yang dikenakan untuk makan di restaurant ini kan?...
Actually, x mahal mana pown...
Cuma RM21++ je...
Seriuosly, memang berbaloi sebab makan sampai kenyang...
Restaurant nie merupakan salah satu restaurant favourite aku dan kekawan aku..
Ye la...Kawan2 aku, masing-masing jenis yang kuat makan..
Termasuk la dengan aku sekali...Mwahaha~
Actually, x salah pown klu berbelanja lebih dalam bab-bab makan nie...
Bukan untuk sape pown, untuk diri kita jugak kan..
Betol x?
Lastly, aku sarankan bagi mereka yang berminat untuk menikmati steamboat kat restauran ini better korang bwat reservation dahulu...
Because, restaurant ini kekadang full house...
Biase la, murah dan sedap...
Urusan perniagaan pula dari pukul 5.00 ptg till 10.30 mlm..


p/s
Rase cam nak pi lagi jew.....
walaupown minggu lepas bru jew pi..
huhuhuhuhu

Related Posts with Thumbnails