.::siput masak lemak cili api::.

Okeh, hari nie aku akan berkongsi resepi bersama korang semua....
Resepi kali ini ialah siput masak lemak cili api....

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Bahan A (dikisar):
Bawang merah
Bawang putih
Cili Api
Halia

Bahan-bahan lain:

Santan pekat

Siput

Nenas (potong tidak terlalu besar)

Daun kencur (dihiris halus)
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Ajinamoto

1. Mula-mula rebus nenas bersama beberapa biji cili api sehingga nenas itu separuh masak.

2. Kemudian, angkat dan toskan nenas itu ke tepi.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan A selama beberapa minit. Kemudian, masukkan siput kacau sehingga sekata.

4. Masak siput tersebut selama beberapa minit dan masukkan santan pekat.

5. Didihkan masakan tersebut sambil kacau perlahan-lahan.

6. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.

7. Masukkan nenas yang telah ditoskan tadi dan hirisan daun kencur. Kacau perlahan-lahan.

8. Nenas juga boleh digantikan dgn asam belimbing dan juga tomato. Ikut selera masing-masing.

9. Masak selama beberapa minit dan sedia untuk dihidang.

(Kredit pada mak aku sebab bagi resepi nie kat aku)

p/s
Senang je masak lemak cili api nie....
Pic yg kat atas tu, aku yg masak...
Jgn x caya plak..
Hehehehe

7 comments:

dayat said...

bile ade ajinamoto
comfirm ko yg masak
ape lg
masak kat rumah sewa r
bg aku mkn

El-Zaffril said...

Pergh... meliurkan air liur la kau ni... isk isk isk... nasi panasnye mana... ni dengan ulam ni... pergh.... terangkat

fIcK a.k.a kaka said...

to dayat: leh je aku masak..tp disebabkan xde hos n kepala, so tunggu la bile dah ade nanti..

to el-zaffril: hahaa..jemput2....tambah2 jgn x tambah..

skid soil said...

masak mmg la boleh.sdap ke x tu yg blom pasti.cpat masakkn utk aku,biar aku rasa.

fIcK a.k.a kaka said...

to daoz:
sudah pasti sedap la.....
semua org akui
HAHAHA

beli barang2, aku masak..
amacam?

AdaNaz87 said...

sedanye masakan ni.
yes, boleh try masak dekat rumah.
terima kasih sebab share resepi. (:

fIcK a.k.a kaka said...

to adanaz87:
sesama....
simple jew n mudah nak masak..
hihihiih

Related Posts with Thumbnails