.::WIRA JEPUN::.

Ade apa dengan wira jepun?
Haish...

Actually, korang mesti x caya kan...
Even, umur aku dah nak masuk 23thn..
Aku still lagi tgk citer2 cam power rangers..

Peghh..
Aku minat giler dgn citer2 cam th...
HAHA

Dulu teringat lagi...
Masa kecik2 dulu....
Tiap2 petang, sanggup tunggu semata-mata nak tgk citer maskman..
Korang ingt lagi x citer tuh?

Bukan setakat maskmen jew, jetmen, flashman, power rangers...
Tapi masa aku darjah 6 kowt, power rangers disiarkan..
Sorry x berapa nak igt btol ke x...
Masa tuh, beruntung la sebab aku dok johor..
So, channel singapore kami dapat...
Tgk la power rangers kat channel singapore (TCS5)
Sebab, channel malaysia siar lambat sgt..
Ngeeee~

Antara sebab aku suka tgk
suka tgk diaorang fight dgn org jahat and raksasa
costume pown cantik2
Yang penting power masing2 best!

Neway, klu korang ade link yang leh download citer2 cam nie,
bgtau la aku....
Leh bwat pengubat rindu
selain tgk citer power rangers
TV2 kol 10.00 pagi setiap hari ahad..
Hohoho~

p/s
skrg nie tgh melayan citer bloggerboy....
download kat www.8tvcom.my je...

.::Resepi: lempeng::.

Hari nie aku untuk berkongsi resepi dengan korang semua..
Resepi kali ini ialah LEMPENG
Actually, senang je nak bwat lempeng nie...
memang paling senang dan mudah...

Bahan-bahan:
Tepung gandung 1kg
Telur 2 biji
Garam
Air (jgn guna air panas!)

Cara penyediaan:
1) Mula-mula bancuhkan tepung dengan air, garam dan telur
2) Pastikan tidak terlalu banyak air semasa membuat bancuhan dan kacau perlahan2 sehingga sebati
3) Untuk memudahkan kerja, blend semua bancuhan tersebut dengan menggunakan blender sehingga tiada ketulan2 tepung kelihatan
4) Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau terlalu pekat
5) Sedia untuk di masak dan pastikan api tidak terlalu kuat.

Senang kan?
Kalau aku balik je umah, mesti mak aku suruh aku bwat...
Haha..

Opss, lupa plak nak bgtau..
Cadangan untuk bahan pencicah ialah sambal tumis ikan bilis atau sambal sardin atau asam pedas atau kari
Tapi, aku lebih suka makan dgn sambal sardin dan sambal ikan bilis...
Yummy2!!!


p/s
sebab letak telur kerana supaya lempeng kita lembut ketika dimakan
dan jgn guna air panas, klu x alamatnye berketul la tepung tuh....
Guna air paip sudah..
HEHE~

.::LADY GAGA FASHION::.

Bile sebut je nama LADY GAGA, ape yang korang fikir?
Kalau aku la, fashion yang pelik, lagu bad romance dan poker face...
ngeee...~

Kali nie, aku sempat mencari beberapa fashion pelik lady gaga untuk sama2 kita perlihatkan...
Bagi aku, pelik tp unik...
Nak minx maaf dulu coz banyak gambar2 sexy...
Ape2 pown layan~



p/s
teringin nak pakai pelik2, tp nak pi ke mana ye?

.::walimatulurus::.

Kawin, kawin, kawin.....
Selamat pengantin baru buat kawanku a.k.a senior aku
DEQNO & suami...

Majlis telah berlangsung pada 13 Jun 2010 di Taman Sri Gombak...
Actually, diaorg nie telah selamat bernikah pada bulan 3 yang lepas..
Al-maklum la, kedua-dua mempelai merupakan guru sekolah...
Kalau x silap aku, diaorang bertemu jodoh di sekolah yang sama...
Kalau dah jodoh tu, x ke mana kan..
Neway, congratulation...



Semoga berbahagia ke akhir hayat......
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!

p/s
Past nie turn abg ijan plak ye!
makanan dia memang superb....
2 round aku makan..
Hahaha....

.::siput masak lemak cili api::.

Okeh, hari nie aku akan berkongsi resepi bersama korang semua....
Resepi kali ini ialah siput masak lemak cili api....

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Bahan A (dikisar):
Bawang merah
Bawang putih
Cili Api
Halia

Bahan-bahan lain:

Santan pekat

Siput

Nenas (potong tidak terlalu besar)

Daun kencur (dihiris halus)
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Ajinamoto

1. Mula-mula rebus nenas bersama beberapa biji cili api sehingga nenas itu separuh masak.

2. Kemudian, angkat dan toskan nenas itu ke tepi.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan A selama beberapa minit. Kemudian, masukkan siput kacau sehingga sekata.

4. Masak siput tersebut selama beberapa minit dan masukkan santan pekat.

5. Didihkan masakan tersebut sambil kacau perlahan-lahan.

6. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.

7. Masukkan nenas yang telah ditoskan tadi dan hirisan daun kencur. Kacau perlahan-lahan.

8. Nenas juga boleh digantikan dgn asam belimbing dan juga tomato. Ikut selera masing-masing.

9. Masak selama beberapa minit dan sedia untuk dihidang.

(Kredit pada mak aku sebab bagi resepi nie kat aku)

p/s
Senang je masak lemak cili api nie....
Pic yg kat atas tu, aku yg masak...
Jgn x caya plak..
Hehehehe

.::A.K.U::.

Dear my blog,

Aku teramat merindui kamu...
Im so sorry becoz almost 5 week aku x update!

Alhamdullilah, sem lepas merupakan sem terakhir aku belajar di UNIVERSITI MALAYA
Terasa singkat plak masa berlalu...
Yang semestinya aku akan merindui detik2 manis sewaktu bergelar mahasiswa + bersama kawan2....

Insyaallah awal bulan 8 nanti aku akan bergraduasi...
Tyme tu mest best coz dapat jumpe kawan2 lama yang lama x jumpe...
Dila, sakia, dayang, jannah....

Now, sekarang aku tengah mencari kerja...
Hurm, actually agak susah sekarang untuk mencari kerja..
Seyesly, itu apa yang aku alami la....
So, kepada sesiapa yang terbaca blog aku nie, klu la ade kerje kosong, plz bgtau aku tau!
HAHA (saje je nak promote diri sendiri)

Actually, aku nak citer satu kisah nie....
Saje je aku nak luahkan
HAHA

Last week aku beli kipas kaki yang kecik...
Al-maklumlah, aku nie bru je pindah ke bilik sewa...
Jadi, terpaksa la beli kipas memandangkan bilik aku itu teramat la panas + bahang sebab xde kipas....
Sedih je..Sob...Sob...

Actually, aku dah beli pown kipas..
Akan tetapi kipas tu ade masalah plak....
So, terpaksa la anta semula ke kedai tu untuk check ape yang patut...

Tempat aku beli kipas tu kat masjid jamek...
Semasa aku ondaway ke kedai tersebut di msjid jamek..
Enta, tetiba je hati ni tersentuh..
(Alamak, sensitif sgt kan aku nie?)

Kalau korang perasan, ade je orang jual2 kat masjid jamek tuh tanpa lesen...
Ada yang jual stokin, mini mesin jahit, tudung, gelang tangan dll
Pada pengamatan aku, peniaga2 nie terdiri daripada bangsa asing..
Maksud aku, kebanyakkannya terdiri drpd orang indonesia

Actually, aku nie mudah kesian...
Masa aku lalu nak ke kedai, tetiba peniaga2 nie cepat2 kemas barang mereka dan cabut...
Mereka terdiri daripada makcik2 tua yang kelam kabut menyelamatkan diri drpd ditangkap pihak berkuasa
Ye la, takut pihak berkuasa merampas barang mereka memandangkan mereka tiada lesen perniagaan yang sah untuk berniaga di situ...

Bile melihat situasi tersebut....
Aku terfikir, sebenarnya memang susah nak mencari rezeki dan duit...
Kalau la aku berada di tempat mereka, tentu aku pown akan melakukan tindakan yang sama iaitu menyelamatkan diri dan barang jualan

Actually, mak ayah aku pown berniaga....
Sedikit sebanyak aku dapat merasakan betapa susahnya nak mencari rezeki
Sebab berniaga nie ade pasang dan surutnya....
Aku bersyukur banyak2 sebab dengan berniaga nie la keluarga aku menyara aku sampai ke menara gading..
Alhamdullilah....


p/s
Cari la tempat yang sah untuk berniaga, so hati pon tenang....
Aku sangat sayang pada mak aku!!!

Related Posts with Thumbnails