.::Naek & Turun::.

Hmm...
Td pi ukur n timbang berat badan...
Dah 3 tahun x ukur tinggi dan berat badan nie...
Last check pown masa umur 19 tahun...
hehehehe.....

Tahun 2006 ( 19 tahun)
Berat : 57 kg
Tinggi: 173 cm

Tahun 2008 (21 tahun)
Berat : 61 kg
Tinggi : 176 cm


Alamak, makin tinggi plak aku...
Berat pown makin meningkat...
Tapi, realitinye, aku memang pown kurus...
Makan banyak mana pown still kurus...
Hahahaha~

~>>Fick_ScAvO<<~

.::Anak PADERI peluk ISLAM.......sebagai pedoman::.

Assalammu'alaikum...
Bacalah dan renungkanlah. Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam). Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka
.

Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya: soalan: Mengapa orang Islam sembah Kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. Soalan: Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Soalan: Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Soalan: Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya? Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus. Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.

Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ " Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah.

Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah . Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya di ancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...pura-pura ....dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT... Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM)!!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!

p/s
Kisah ini diambil dari email yang difowardkan kepada MR. FICK. Terasa sebak dan betapa besarnya kekuasaan Allah yang maha Esa...

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::Pengantin Sehari::.

Alhamdullilah....
Aku selamat diijabkabulkan pada 15hb oktober 2008...
Hahaha~ Memain je....

Aku dipilih oleh zu, ayu, dila untuk memperagakan design baju pengantin
untuk projek jabatan diaorang...
Erm, teruja sangat...mwahahah~
Tq bebanyak kat diaorg coz memberi kepercayan kat aku..
Walaupown x menang untuk baju pengantin terbaek,
at least aku bangga dengan diaorg....

Yang menang pown design biase je..
Tp yang membolehkan diaorang menang coz pemilihan material/fabrik dari batik...
Unik dan kreatif...
Tp design plak kureng sket....

Neway, memang berdebar masa berjalan dengan pasangan aku..
Cam kawin btol2 plak....

Sampai ade org ckp btol ke aku nie pakwe pasangan aku tuh..
Isyhh... Mana mungkin.....

Kang nanti aku plak kene belasah dengan bf pasangan aku tuh..
Hahahahah

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::Picnic di Ulu Yam::.

Hurray~
Pi berkelah....Erm, actually tu pown last2 minit baru dapat ikut..
Mwahahaha~ Neway, thanks a lot kat alip coz bg join sama...
Becoz picnic kali ini bebudak 2nd year geologi yang bwat...
Aku just tumpang sekaki je...Hehehe~
Klu nak diikutkan, sudah lama x berkelah...
Last kali pi berkelah masa kat matrik...
Tu pown dengan budak2 sepraktikal...
Enjoy la, lepas penat lelah berjuang menghadapi final exam...
At least, sedikit sebanyak dapat me''release''kan tension dan menikmati keindahan
alam semula jadi...

Segala persiapan tuk makanan semuanya emak Ehsan yang sediakan...
Thanks to Ehsan sekeluarga coz banyak membantu dalam picnic di Ulu Yam nie...
X lupa jugak tumpangkan tdo...Selesa bangat Ehsan...
Ape2 pown, sangat fresh bile mandi kat dalam sungai...
Sejuk di tambah pula dengan batu-batu sungai di tepi-tepi...
Membuatkan hati sangat tenang dan seronok...
Bersyukor becoz pada hari tersebut, hujan x turun.
Nasib baek la pada sebelah petangnya yang hujan.
Kalau x, alamatnya tak berkelah la kami....

MR. FICK: Tertanya-tanya bila la lagi nak berpicnic cam nie...

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::Dush! kene tagged~::.

Alamak, kene tagged dgn Mr. Adam. Erm, tgh boring2 nie, layan je la....
Mood tgh baek nie...
Mwahah~

Tagged kali nie tagged bergambar....
Nie gambar yang baru je aku ambil... Tanpa sebarang edit-mengedit, nie la pic latest aku... Hehehe~

Law & Order:

  1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
  2. DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
  3. Post that picture with NO editing.
  4. Post these instruction with your picture.
  5. Tag 3 people to do this.
Here the 3 luckiest person... hehehe..
Mr. Ashraf Faiz
Mr. Syukor

Ms. Adah


~>>fIcK_ScAvO<<~

.::Watch korean, japanese, taiwanese drama & movie online::.

Alhamdullilah... Final exam sudah habis....
So, now nothing to do....

Okey, klu korang minat dengan citer2 or movie korea, taiwan or jepun,
pi la laman web nie...
Just watch online je..
Simple and easy je...
Banyak citer2 yang best seperti "A Love To Kill", "Forensic Heroes 2" etc

Try la...

Enjoy ur self~


~>>fIcK_ScAvO<<~

.::My Family::.

~>>FiCk_sCaVo<<~

.::Interlude::.

.::Exam Mode::.

Examination fever already started...
All da' best to all my friends~

.::High School Musical 3::.

High school musical 3 kembali lagi..."senior year"
Kali nie memang best berbanding dengan high school musical 1 & 2.
Beginning cerita je, aku dah feeling abis...Terharu dgn semangat yang ada pada Troy Bolton semasa perlawanan bola keranjang...
Penuh dengan nyanyian dan tarian membuatkan high school musical kali ini benar2 hidup dalam setiap perwatakan...
Suka dengan watak Troy Bolton (Zac Efron) and Gabriella Montez (Vanessa Anne Hudgens). Romantik dan sweet couple...
Bagi orang yang tidak mengikuti cerita High School Musical dari awal, memang akan mendapati cerita kali ini biasa saja dan busan. But, bg aku ia memang best giler coz aku nie berjiwa remaja dan teruja bila melihat cerita2 yang happening & romantik cam nie...
Aku bagi 5 bintang dari 5 bintang...
weee~

p/s
MR. FICK : Bestnye klu ade skola cam kat High School Musical tu di Malaysia~

~>>fIcK_sCaVo<<~

.::Perhentian Island Challenge '08::.

Kali ini sememangnya satu kenangan/pengalaman yang paling best skali bwat aku. Pi Pulau Perhentian. Actually, pada 17-19 Oktober yang lepas, aku telah menyertai "Perhentian Island Challeng '08" as marshal. Nie kali pertama aku jd marshal yang melibatkan satu organisasi luar. Hehehehe...
Tak terlintas sebenarnye nak pi pulau perhentian tu...Bila dah dapat tuh, erm, pi je lah..Lagi pown semua perbelanjaan ditanggung...
Mula2 tuh, memang x paham dan x tahu tugas as marshal. Coz, diaorang x brief semasa di kl. So, bila sampi je kat Pulau Perhentian tuh, baru la diberitahu. so, terpinga-pinga sket. Hohohoho~
Task pertama ialah memasang khemah. Jumlah keseluruhan yang perlu di pasang untuk peserta ialah 120 buah..Huhuhu...Penat dan cuaca pada ketika itu panas terik...Nak x nak bwat je la...Dah namanya marshal rite?

Pada hari perlumbaan plak, aku diberi tugas untuk menjaga air " water stop". Easy je tugas nie. Bagi air kat peserta je. Heheheh...Tapi perkara yang x akan aku lupakan bila aku, syahmi & sukhbir kene angkat air dan tong air ke atas bukit..Mak datuk, klu bukit tu rendah n dekat x pe la jugak..Nie tinggi n jauh...Masa nie la memang berpeluh abis coz mengangkat air minuman yang aku rase jauh lebih berat daripada berat aku skrang..Nak menangis pown ade masa tuh. Huhuhu~
Selesai je perlumbaan tuh, kami pown balik ke khemah. Tempat yang kami bermalam sepanjang 3 hari itu ialah Pulau Kekek. Best tempat tuh..Boleh tgk batu karang dengan jelas coz air laut di sana sangat jernih. Seperti biasa jugak jelly fish pown banyak..So, kene hati2 bila nak mandi tuh...
Pada aku, this challenge memang mencabar...Semua orang boleh sertai tapi x semua boleh sampai ke garisan penamat. Bcoz, benda nie memerlukan stamina yang tinggi. Klu stamina anda rendah, erm...alamatnya 5,6 jam la baru sampai ke garisan penamat...Games yang disediakan masa perlumbaan pown agak menarik dan mencabar jugak..X percaya? Join la Perhentian Island Challenge tahun depan ye!
Perkara yang paling menakutkan semasa menjalankan tugas ialah menaiki bot laju...Huhuhu~ Cam nak pengsan dibuatnya...Nasib baik la x tercampak kat dalam laut tuh...Laen kali, xmo sorang2 naek bot laju...lebih rela naik kayak. Heheheh~
Pada malam perlumbaan tersebut, satu majlis penyampaian hadiah diadakan..Pertunjukan bunga api n BBQ jugak tidak ketinggalan..Persembahan kebudayaan dan nyanyian diselitkan untuk memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiah...Enjoy~
Setelah hampir tiga hari berada di sana, dengan berat hati terpaksa la pulang ke kl balik. Huhuhu~ Cam xmo je, coz masih x cukup lagi menikmati keindahan di pulau tersebut...Insyaallah, klu ade rezeki lagi, next year aku join PIC.
Ondaway pulang ke kl, sempat la singgah sekejap di kedai keropok lekor...Selama ini makan je keropok lekor tp x tahu cam mana keropok lekor itu dibuat..X belajar pown, but just tgk je cara pembuatannya~ Weee~
Dinner plak singgah di kedai seafood. Erm, sedap..Aku order nasi goreng kampung, tomyam, kerabu perut dan jus tembikai...Lapar bangat~
Insyaallah, bulan 2 nie ada IRONMAN kat Langkawi. Kalau x ade aral melintang, aku akan join as marshal...Weee~

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::The Birds::.

Actually, aku plan nak balik ari jumaat (semalam). But terpaksa la kene tangguhkan coz nak tgk citer teater "The Birds".

"The Birds" sebuah drama komedi greek yang berkisarkan kehidupan burung. Teater kali nie memang lawak..Hahahaha...Kalau nak dibandingkan dengan teater last year, "Jerung vs. Yu", "The Birds" memang best. Suka plak tgk yang korus2 burung...Nice and wonderful...

Jgn lupa ade 2 hari lagi untuk lihat teatar nie. Percayala, anda akan ketawa bila menonton teater nie..Rugi tau klu x tgk...

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::Hari KO-K::.

Ouh,
Penat lol~ Sehari suntuk kat DTC ari nie. Finally, hari ko-k sudah pown berlabuh tirai. Pas nie, dah x payah pikir dah pasal ko-k. Hehehe...Ye lah, aku bekerja pada hari kejadian sahaja..Heheheh

Sem nie, aku ambik kursus pengurusan acara @ event management. Actually, dari sem lepas lagi nak ambik kursus fotografi. Tapi, bila nak daftar je, clash dgn subjek laen...Hampeh btol. Tapi lepas ambik kursus pengurusan acara nie, ia x lah busan sgt pown. More bekerja dalam sesebuah organisasi jew.

Untuk kursus nie, kami akan menguruskan hari ko-k tersebut. Aku plak as AJK TEKNIKAL. Actually, aku sendiri yang pilih tuk jadi ajk teknikal coz nak timba pengalaman dan belajar sesuatu yang baru. Ye la, b4 this asyik jadi publisiti, tajaan dan perhubungan awam je. Kali nie nak merasa plak cam mana rasenya jadi ajk teknikal. Heheheh...

Ari nie, tugas aku kat stage. Perkara yang perlu dilakukan di atas stage sebagai ajk teknikal ialah susun atur kerusi dan mikrofon. X lah susah sgt tugas nie tp memerlukan kepantasan untuk mengatur supaya persembahan yang akan dipersembahkan tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu..

Keseluruhannya, aku enjoy hari nie. Thanks kepada pengarah coz bagi coklat..Heheheh.. and x lupa jugak pada timbalan pengarah coz bg kad ucapan sebagai tanda penghargaan...
Weee~

"Menggilap Bintang Mencapai Puncak Keunggulan"

~>>FiCk_sCaVo<<~

.::Release Tension::.

Continue citer semalam...

Untuk menenangkan kepala yang serabut smlm, aku pown decide untuk keluar bersendirian. Hmm, actually memang habit aku kot kuar sesorang. Bebas untuk pergi ke mana saje tanpa terikat dengan kehendak orang lain. Nggeee~

Aku berjalan tanpa perancangan. Tapi, tiba2 je terasa nak tgk movie. Then, pi la tgk citer MAMMA MIA!. Aku pown bengong, tgk wayang sesorang...Hohoho~ Best jugak, coz masa tuh x ramai orang...Ambik sit plak barisan yang ke-4 dari depan screen. Then tengok2 je, cam aku sorang je yang ade kat ctu..Coz yang laen semua dok kat bahagian belakang. (malu nye!!)

Komen:
Movie nie memang penuh dengan nyanyian. Ye la..Starting je dah menyanyi...Almost 80% nyanyian yang disampaikan. Neway, memang best lagu2 dia. Terutamanye skali lagu money, money, money. Untuk keseluruhan citer nie, aku bagi 3 bintang dari 5 bintang...Weee~

After tgk movie, aku pown melepaskan nafsuku di YOSHINOYA RESTAURANTS. Dah lama dah mengidam makan makanan jepun. Huhuhu~ Akhirnya, semalam dipenuhi juga setelah sekian lama..Hehehe. Kat sana just makan set beef udon noodles and chawanmushi. X lupa jugak beberapa keping sushi.

Cam nie la caranye bile aku tension. Membawa diri dan menghabiskan duitku dgn benda alah cam nie. Hehehe~ Asalkan aku lega sudah...

~>>fIcK_ScAvO<<~

.::T.E.N.S.I.O.N::.


Sakit memang menyakitkan.... Kepala serabut, sakit, pening.. Nak marah pown ade... Nak jerit pon ade... Susah nak diluahkan... Salah aku jugak kot... Degil, xmo bwat btol2.. Then sakit hati sendiri...

Setiap orang punyai cara tersendiri untuk menghilangkan tension masing2. Aku?! Enta...Tapi ari nie aku tension tol...Dan aku hilangkan nye melalui dengan makan 2 bungkus nasi lemak...Pastu, buka lagu kuat2...Tapi tiba2 je, air mata nie mengalir..Xtau la..Mayb aku sakit sangat kot...Argh..Persetankan semua tuh. Petang nie, klu xde pe2 hal, aku nak kuar bersendirian...At least dapat lupakan benda yang menyakitkan ari nie...


~>>fIcK_ScAvO<<~

Related Posts with Thumbnails