.::jom memasak!::.

Salam semua...
Jeng jeng jeng!
Entah kenapa aku rase cam nak masak jew...
Kebetulan, aku cuti 2 hari..
So nie la masanya yg sesuai untuk menunjukkan bakat yg aku ada..
Ko ade cik jannah??
Hohoho..(saje bikin sentap!)

Okieh, bermula dgn resepi pertama.....

>>Kari Ikan<<
Bahan A:
* Bawang besar
* Bawang putih
* Halia

Bahan B:
* Ikan kembung
* Serbuk kari ikan
* Daun kari
* Santan
* Bendi
* Tomato
* Garam dan ajinamoto
* Asam keping

Cara memasak:
1) Mula-mula, tumiskan bahan A sehingga kekuningan
2) Kemudian masukkan serbuk kari ikan dan daun kari
3) Kacau perlahan-lahan dan masukkan santan dan sedikit air
4) Biarkan kuah kari mendidih
5) Apabila sudah mendidih, masukkan bendi dan ikan kembung
6) Selepas itu, masukkan asam keping, garam, ajinamoto dan tomato
7) Siap dan sedia untuk dihidang

Resepi Kedua:


>>Paru Goreng<<

Bahan-bahan:
* Paru yang sudah direbus
* Garam

Cara memasak:
1) Gaulkan paru yg sudah dihiris bersama-sama dengan sedikit garam
2) Goreng paru tersebut sehingga masak
3) Siap untuk dihidangkan

Resepi Ketiga:

>>Sawi Jepun bersama Sos Tiram<<

Bahan-bahan:
* Sawi jepun
* Tahu (potong kecil-kecil)
* Bawang merah dan bawang putih dihiris halus
* Bebola ikan
* Tepung jagung (bancuh dgn air)
* Sos tiram
* Kicap
* Garam

Cara memasak:
1) Didihkan air dan letakkan sedikit garam dan minyak
2) Rebus sawi jepun tersebut sehingga masak dan toskan ke dalam mangkuk
3) Untuk membuat kuahnya plak, tumiskan bawang yg sudah dihiris halus sehingga kekuningan
4) Kemudian masukkan bebola ikan dan tahu
5) Masukkan sedikit air dan sos tiram serta kicap
6) Biarkan sehingga mendidih
7) Masukkan pula sedikit tepung jagung yg sudah dibancuh bersama dengan sedikit air
8) Didihkan kuahnya kemudian masukkan sedikit garam dan ajinamoto
9) Siap dan sedia dihidang

Hah, cam ner?
Simple je resepi kali nie...
Pe lagi, pi la pasar beli barang dan try bwat kat umah...
Jumpe lagi untuk resepi yang laen....
Daa~

5 comments:

Cik Jannah said...

gyle kau buat apa aku nak jeles.
tak kuasa mak.
tgk lah esk aku nak msk aym asam pedas
miahhahaa


sawi jepun kau tak nampak celah amna sawi nyee. nampak fish ball jer yg lebih. koh3

fIcK a.k.a kaka said...

haha
ko mmang jeles kan

hidayat jamaludin said...

Tak nampak menyelerakan pun. Tak improve lansung skill ko.

fIcK a.k.a kaka said...

to dayat: memang la dlm gambar nmpak x menyelerakan..
klu depan mata, sure habis licin

aMeL said...

kenape bahan-bahan xde kuantitinye?
cane aku nak tau letak brap banyak ni??

Related Posts with Thumbnails