.::resepi :asam pedas ikan kembung::.

Hai semua!!!
Disebabkan ari nie aku cuti, tetiba je rasa nak masak...
Actually, x tau nak masak pe...
Ari tuh teringin nak masak lala goreng berlada tp malangnye x dapat bwat coz malas nak pi ke pasar..

Tp hari nie aku gigihkan diri untuk masak
Menu hari nie just simple jew..
Asam pedas ikan kembung....

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A (untuk diblender)
>>Lada kering (pastikan lada kering telah direbus)
>>Bawang merah
>>Bawang putih
>>Belacan

Bahan B
>>Ikan kembung
>>Bendi
>>Serai
>>Tomato
>>Daun kesum/Bunga kantan
>>Air asam jawa
>>Garam & ajinamoto

Cara-cara memasak:
1) Mula-mula panaskan minyak masak
2) Masukkan bahan A yang sudah diblender ke dalam kuali
3) Kacau pelahan-lahan dan masukkan serai
4) Kacau sehingga pecah minyak
5) Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
6) Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa
7) Masukkan bendi dan ikan kembung
8) Biarkan seketika kemudian masukkan daun kesum dan tomato
9) Disebabkan kat kedai td x jual daun kesum, anda boleh menggunakan bunga kantan sebagai
ganti
10)Tutup api, dan sedia untuk dihidang.

Simple x? Try la klu x caya...
Mesti sedap!
Hehehe

3 comments:

Norasikin said...

Syoknya kalau buat asam pedas pekat-pekat. Bahan semua dah ada ni. boleh la buat sekarang

cIk JanNah said...

haaaa?
resepi mak mana ada letak belacan
wakkaaa!

satu kuali ko masak noks.
gedabak gyle

fIcK a.k.a kaka said...

to norasikin: bwat, jgn x bwat..

to cik jannah: mak x letak, biar aku yg letak...
mesti la lagi sedap...

nak jamu satu kampung nie

Related Posts with Thumbnails