tag oh tag!

Tetiba tergerak hati untuk membaca tag kat blog azfar . Actually, ini kali pertama aku wat tagged nie..Sorry la kekawan yg dulu tagged aku...Seriuosly, aku xde mood nak bwat...Hahahaha..Pe2 pown, kita layan tagged ini...


[1] 3 Names in your inbox cellphone

- abg acap

- Opie

- Jannah


[2] Your main ringtone?

- Indigo - Istimewa


[3] What U did at 12 last night?

- Baca komik lawak POP GANG


[4] Who was the last person[S] U went out with?

- Ika (coursemate)


[5] The color of T-shirt you're wearing now?

- Biru


[6] The last thing you did?

- Kuar pi teman kawan2 makan


[7] 3 of your everyday favourite items?

- Komputer

- Handphone

- Cermin mata (penting wooo!)


[8] The color of your bedroom

- Green (favourite color!)


[9] How much money in your wallet now?

- RM185.00


[10] *Soalan 10 tak nampaklah pula. Jadi, kira 'pass' lah..


[11] Your favourite song?

- Istimewa sebab hari2 aku dgr lagu tuh...ahahahha


[12] What will you do next weekend?

- Study wey! isnin exam...huuhhuuh


[13] When was the last time U saw Ur Mum?

- 22-24 April (masa tu balik umah kejap)


[14] Where is she now?

- Kat kedai. Tgh masak skrg nie kowt....


[15] When was the last time you talked to your parents?

- 24 April 2010


[16] Who is the last person that texted U?

- Friends kat facebook...hahahaha


[17] Where did U have your dinner last night?

- Makan kat dewan santapan....


[18] The last surprise you got?

- Enta, x igt lol!


[19] Last thing U borrowed from ur friends?

- Pensil dobi..


[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?

- Mana ade...still single =]


[21] What do you feel now?

- Nak makan sushi...


[22] Wanna share with who?

- Sesorang sudah..Kalau ade pown, dgn org yg minat makan sushi...

[23] Who knows ur secret?

- Tak ada rasanya...

[24] They keep ur secret?

- Yang tu saya pasti. Klu de pown, bkn la secret yg besar sgt coz aku jarang bukak cite pasal diri aku kat org...hahahaah

[25] Are you angry with someone?

- Ari nie macam2 perasaan ade..Marah + tension + bengang! FUCK pada sesiapa yg berkenaan ari nie!


[26] What do you order at McD?

- Double Big Mac..


[27] The last time you felt so sad?

- Last 3 days kowt..X ingat..Pasal polis menembak mati budak...


[28] What is your wish for tomorrow?

- Datangnya semangat berkobar-kobar untuk study!


[29] Who will U tag next?

- Sesiapa yang baca tag nie, sila la bwat ye.........Hahaha~~~~

☃ FLAMING STEAMBOAT ☃

Jom, jalan-jalan cari makan!

Nama restaurant ini ialah Flaming Steamboat...
Menu utamanya semestinya steamboat.....
Lokasi restaurant ini betul-betul bersebelahan dengan SUNWAY PIRAMID....
Dengan berkonsepkan buffet iaitu makan sampai kenyang a.k.a kembong peroot sure korang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan...
Antara menu yang disediakan ialah segala jenis makanan laut. Antaranya udang, sotong, lala, kerang, ayam, ikan, ketam dan x lupa juga segala jenis yong tau fu, sayur-sayuran, buah-buahan, ice krim, dan banyak lagi la....
Banyak pilihan yang disediakan...
Bagi penggemar steamboat, jgn lepaskan peluang untuk berkunjung ke restaurant nie...
Sure sekali pergi, nak datang lagi...
Korang mesti tertanya-tanya, berapakah harga yang dikenakan untuk makan di restaurant ini kan?...
Actually, x mahal mana pown...
Cuma RM21++ je...
Seriuosly, memang berbaloi sebab makan sampai kenyang...
Restaurant nie merupakan salah satu restaurant favourite aku dan kekawan aku..
Ye la...Kawan2 aku, masing-masing jenis yang kuat makan..
Termasuk la dengan aku sekali...Mwahaha~
Actually, x salah pown klu berbelanja lebih dalam bab-bab makan nie...
Bukan untuk sape pown, untuk diri kita jugak kan..
Betol x?
Lastly, aku sarankan bagi mereka yang berminat untuk menikmati steamboat kat restauran ini better korang bwat reservation dahulu...
Because, restaurant ini kekadang full house...
Biase la, murah dan sedap...
Urusan perniagaan pula dari pukul 5.00 ptg till 10.30 mlm..


p/s
Rase cam nak pi lagi jew.....
walaupown minggu lepas bru jew pi..
huhuhuhuhu

☆ tarian kreatif ☆

Abis tarian asli, tarian kreatif pula menyusul....
Seriusly, memang xde masa untuk berehat memandangkan pertandingan tarian kreatif adalah sehari selepas tarian asli....
Tired! Stamina pown masa tuh down giler2.....
Nak menari selama 15 minit..
Bayang kan la...
Huhuhu~

Neway, terpaksa juga....
Perjuangan tetap diteruskan..
Wah, poyo je ayat aku kan...
Okey, tuk pertandingan tarian kreatif...
Kolej kediaman kesembilan telah mempersembahkan sebuah tarian yg bernama BERDUDU
Korang mesti x pernah dengarkan ape itu tarian BERDUDU....
Even aku pown sama gak..
Hahahah...

Tarian BERDUDU nie diambil daripada perkataan arab yang bermaksud berjalan, berlari atau bergerak seiringan. Penggunaan kipas dan dabus (besi yang digoncang dan mengeluarkan bunyi) digabungkan bersama dalam menghasilkan tarian ini. Oleh itu, tarian ini berasaskan unsur-unsur jawa (kipas sbg kuda kepang), negeri Perak (dabus) maka terciptalah tarian BERDUDU ini.
Tarian nie memang sangat2 menguji stamina aku wey....
Banyak pergerakan kaki dan tangan...
Lenguh, sengal2 badan memang x leh nak cakap la....
Untuk pengetahuan korang semua, costume kami memang mencetuskan kontroversi...
Why? Sebab seluar yang kiteorg guna terdedah masa hari persembahan tuh..
Memang pin dgn safety pin but....
Tahu2 je la, bile dah menari tuh macam2 boleh terjadi...
Kebanyakkan pin yang di pin kat seluar abis semua tercabut...
Alamatnya, terdedah la sehingga mencetuskan ketidaksedapan mata memandang...

Aku sebenarnya malu la jugak..
Hahahah...Bcoz seluar aku pon tercabut pin nya...
Dah la kebanyakkan position aku kat hadapan..
Adoooi....
Neway, sebagai pengajaran..
Next year, x leh pakai seluar yg macam tuh..
Sure berlaku lagi peristiwa yg x diinginkan...
I'm so sorry coz x banyak pic yang leh aku upload semasa pertandingan tersebut...
Memandangkan banyak pic yang gelap, so aku decide xyah la upload..
Kang nanti sakit plak mata aku melihatnya..
Hihihi~

KEPUTUSAN
Tempat Pertama: Kolej Kediaman Kelima
Tempat Kedua: Kolej Kediaman Kedua Belas
Tempat Ketiga: Kolej Kediaman Ketujuh
Tempat keempat: Kolej Kediaman Ketiga
Tempat Keempat: Kolej Kediaman Kedua

Ulasan
Sedih sebab kolej kediaman kesembilan xde placing....
But ape yang boleh aku katakan, antara sebab2 kami xdpt tempat ialah "maybe" costume terlalu sexy (terdedah semasa menari)
Tapi, ade juga desas desus mengatakan konsep yang kami cuba bawakan x bersesuaian dgn lagu..Lagu berunsur ketuhanan, tp pakaian terdedah sana, terdedah sini dan pergerakkan x bersesuaian..(ade org bgtau la)
Yang paling dukacitanya, ade perkhabaran dr seseorang yang mengatakan..
Sepatutnya kolej kediaman kesembilan ade placing tetapi terpaksa "disqualified" atas salah satu sebab2 tertentu...
Aku x pasti pasal kesahihan berita nie..
Tp bg aku, yang lepas, biarlah lepas...
Next year, amik segala kelemahan ini sebagai panduan dan peringatan supaya perkara yang sama tidak akn berulang kembali....

p/s

Rupa2 nye banyak jugak pic aku yg sexy tu org snap...
Tidak! Malunye!

✿ tarian asli ✿

Hey…hey…hey….
Sorry bebanyak coz lma sudah x updated!
FESENI sudah lama melabuhkan tirainya..
Tp aku plak?
X bgtau pon ape cerita pasal tarian asli yg aku sertai tu…

Hohohoho~
Sedih tp terpaksa juga beritahu….
Actually, kolej yg aku wakili tuh hanya memenangi tempat ke-4
Sedih tu memang sedih…
Pasrah, aku redha je la dgn keputusan tersebut…
Untuk tarian asli, seramai 11 pasukan bertanding….
Again, aku mewakili kolej kediaman kesembilan…
Tarian yang kami bawa ialah tarian zapin pekajang dan joget serampang laut
Seriously, semua yg bertanding pada malam tuh memang hebat2 belaka…
Personally, aku masuk tarian bukan la untuk menang…
Tentu korang ckp,”Ahh…Bohong la klu ko x nak menang
Yup, memang semua org nak menang…
Tapi, for me, menang kalah bukan persoalannya….
Kalau menang, ia satu bonus untuk kita…
Dan kalau kalah, think positive….
Because, maybe ade group yg buat lebih baek, lebih kemas dr group kita…
Apa yang penting, aku dah bwat yg terbaek masa perform pada malam tersebut
Dan aku sangat berpuas hati walaupun x menang coz aku dah berikan 120% masa pertandingan tersebut….Ape yang aku pelajari sepanjang aku berlatih di kolej sembilan?
Actually, almost every year aku join FESENI dlm acara tarian
But aku rase sangat bertuah coz aku banyak pelajari teknik tarian masa aku mewakili kolej sembilan
Aku x ckp, masa aku mewakili kolej 4 or kolej 11 tuh x bagus…
Kekadang tu, kareographer tu sendiri yg membezakan sebenarnya…
Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat kareographer kolej sembilan iaitu KAK AZ
Kalau korang join sesi latihan yang KAK AZ ajar, sure esk korang x kan datang lagi…
Sebabnya? Hahahaha~
Biasela…Dalam latihan tarian nie, kene marah, carut, tengking memang menjadi satu kemestian la…
Bagi aku, apa yang ditegur tu adalah satu proses untuk memperbetulkan diri kita supaya kesilapan yg dilakukan tidak akan berulang lagi
Biasenye klu aku kene marah ke, ape ke, aku just senyum je…
At least, dgn senyuman kita, hati kareographer tuh sejuk sket…
Rase nak marah, tiba2 x jadi pula….
Again and again thanks a lot pada KAK AZ jugak, coz banyak teknik tarian yg aku pelajari drpd dia…
Susah tuh nak pelajari teknik2 tarian…
Kalau kat luar, kene bayar tau….
Neway, walaupun x menang NO. 1, tp aku sangat2 bersyukur
Mayb tahun nie x menang NO. 1, tahun mana tahu kan?
Bwat team mate tarian, terima la keputusan dgn hati terbuka
Next year, cuba lagi…


KEPUTUSAN
Tempat Pertama: Kolej Kediaman Kedua Belas
Tempat Kedua: Kolej Kediaman Ketiga
Tempat Ketiga: Kolej Kediaman Kelima
Tempat Keempat: Kolej Kediaman Kesembilan
Tempat Kelima: Kolej Kediaman Kedua


p/s
sebak masa sesi penutupan tarian asli b4 pertandingan…
air mata mengalir x henti2..
hhahahaha

Related Posts with Thumbnails