Actually, entry nie lama dah nak di”publish”
Kawan se"couse" : ::me::dayang::jannah::dila:kia::
Sesebuah ikatan persahabatan yang terjalin akan lebih erat dan penuh bermakna jika diiringi dengan kejujuran, keikhlasan dan saling percaya antara satu sama lain. Jangan sesekali sulamkan persahabatan dengan rasa iri hati dan hasad dengki. Dalam masa yang sama, sekiranya ingin memastikan ikatan persahabatan sedia terjalin sentiasa subur dan mekar, kamu juga jangan terlalu “berkira” apabila melakukan sesuatu. Jangan fikirkan pengorbanan yang si sahabat sudah lakukan untuk kamu, sebaliknya cuba renungkan apakah yang telah kamu lakukan untuk membantu sahabatmu itu?
Kawan sekolej Universiti Malaya
Sebab itulah pentingnya kita menghargai sahabat yang berada di depan mata kita sekarang. Walaupun ada kalanya kita rasakan kehadirannya cukup menyeksakan jiwa dengan karenahnya yang pelbagai, tetapi cuba kenangkan dari sisi baiknya kehadiran si sahabatmu itu dalam hidupmu. Walaupun mungkin agak menjengkelkan, tetapi selagi si dia sentiasa bersedia membantumu di saat kamu menghadapi detik-detik sukar dan tidak hanya hadar untuk menyusahkan kamu. Itu bermakna dia masih boleh kamu memanggil SAHABAT.
p/s
Original from majalah REMAJA
0 comments:
Post a Comment