.::KABUKI: NELAYAN JEPUN::.

Dengan bangganya, KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT, UNIVERSITI MALAYA mempersembahkan sebuah teater KABUKI : NELAYAN JEPUN mempersembahkan sebuah teater arahan Che Zehan.

Tahun nie, berbeza sedikit dengan tahun2 yang sudah kerana acara teater telah dikeluarkan dari FESENI. So, teater ade pertandingannya tersendiri yang dikenali sebagai FESTIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA. Ia juga berlangsung dari 13-17 Januari 2010 manakala FESENI pula pada pertengahan bulan 3.


Sinopsis
Berlatarkan Jepun di pengakhiran zaman perang, “NELAYAN JEPUN” mengisahkan kejujuran dan kemegahan nelayan - nelayan miskin yang mencari rezeki; hanya untuk kembali membawa tragedi. Kecacatan jiwa dan perasaan bersalah yang memakan diri, seperti menggali kuburnya sendiri.

‘Aku sekarang sedang menggali kuburku. Aku menggali kuburku dengan kedua belah tanganku,’

Menjejak rentetan emosi Susuhi, nelayan Jepun yang menjadi mangsa ujian bom atom. Setelah ditimpa malang berada di kawasan kajian bom atom, Susushi dan rakan nelayannya telah ‘ditelan’ naga hijau yang digeruni sekian lama oleh orang kampungnya. Dalam hingar menyelamatkan diri, Susuhi meninggalkan kapal lalu kembali ke rumahnya.

Berbaloikah kembalinya dari pelayaran maut itu?

‘Apakah kau dengar doa yang diucapkan oleh orang-orang kampungku?’

Dapatkah nelayan-nelayan itu bangkit semula daripada serangan naga hijau yang melumpuhkan pencarian rezeki mereka?


Watak
Susushi Mohd Amirul bin Mohd Isa
Nelayan Jepun yang serba kekurangan dan buta huruf, telah pergi berlayar bersama 3 rakan sepelayarannya; Nelayan 1, Nelayan 2 dan Nelayan 3. Pertembungan dengan letupan hijau daripada ujian bom atom secara mengejut telah menyebabkan keempat-empat mereka tercedera akibat biasan kejadian berkenaan. Kesakitan jiwa dan raga yang dihadapinya menjadi pentas persembahan


Isteri Susushi Mary Kwan
Wanita Jepun yang asli; setia mencinta suaminya yang berlayar demi mencari rezeki di lautan. Kembali suaminya dari layaran memberi kejutan yang teramat lantas menguji kesetiaan dan kemampuannya untuk terus mencinta.


Nelayan 1Muhammad Syahmi Ibrahim
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 2 dan Nelayan 3.


Nelayan 2Nur Farahin binti Abdull Rashih
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 1 dan Nelayan 3.


Nelayan 3 Kenneth Kudi ak. Asit
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 1 dan Nelayan 2.

Alhamdullilah, semuanya berjalan dgn baik. Watak Syahmi kali ini agak menyerlah berbanding watak utama. So, kredit and congrate to syahmi coz berjaya mendalami dan menghayati watak yang diberikan. Ramai jugak yang memuji. Ape2 pon, korang dah bwat yang terbaek semasa pertandingan tersebut. Congratulation and klu ade rezeki, insyaallah ade placing....



p/s


aku sebagai crew a.k.a tukang make-up yang x profesional...Hahahaha

2 comments:

AkU said...

suke make up tuh..ngee~~

fIcK a.k.a kaka said...

to aku...
aku just pkaikan foundation + kening jew..
hahahahahaha

Related Posts with Thumbnails