.::pesta ponggal::.

Pada 25hb yang lepas, telah berlangsungnya PESTA PONGGAL di KK4, UM. As usual, sebagai penghuni KK4, aku berpeluang untuk sama2 menyertai pesta tersebut. Untuk pengetahuan semua, pesta nie bukan khas untuk kaum india sahaja, malah kaum2 laen turut serta memeriahkan lagi pesta ponggal kali nie.

Pada malam tersebut, banyak acara dipertandingkan. Antaranya, memasak nasi ponggal, makan tebu, menganyam daun, dan pertandingan menjatuhkan tembikar. Acara yang aku turut serta ialah memasak nasi ponggal mewakili kelab multimedia dan teknikal (padahal bukan ahli pown).

Actually, ini kali pertama aku sertai memasak nasi ponggal nie. Sebelum2 nie, x ambik part pon. Just tgk2 je...(¬▂¬)(Teruk x aku?!) Heheheh~


Okey kawan2, hari nie, aku akan ajar cara2 masak nasi ponggal. Bahan2 yang diperlukan ialah nasi, gula perang, kismis, kacang, susu segar, minyak sapi dan air. Kami diberikan sebuah mini dapur arang. Seriusly, memang mencabar untuk menghidupkan api dan bara. Lama la jugak masa yang diambil (padahal diberi masa 1 jam jew tuk masa nasi ponggal nie). Setelah bersusah payah, akhirnya hidup jugak api dan bara.
Seperti biase, kene panaskan tembikar dahulu. Selepas panas jew tembikar, masukkan susu segar dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan nasi ke dalam susu yang mendidih itu, dan gaul pelahan-lahan. Agak2 nasi dah masak je, masukkan pula kismis dan badam. Pastu, minyak sapi dan akhir sekali ialah gula perang. Petua: kene sentiasa kacau nasi tersebut supaya tidak berketul ketul.

Untuk pertandingan nasi ponggal, pemenang ditentukan berdasarkan nasi yang paling sedap. Hurm, actually, dah tahu dah siape pemenangnya..hahahahahhaah. Dan pemenangnya ialah KELAB MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL.


Neway, sangat gembira pada malam tersebut. X semestinya yang paling cepat masak menunjukkan nasi itu sedap. Betul x?

p/s
Rambut aku telah diubah menjadi rambut JIM CARREY

♥C.A.R.E.4.A.L.L♥

Satu KEMPEN KESEDARAN MAHASISWA ISTIMEWA UNIVERSITI MALAYA anjuran Kolej Kediaman Keempat telah selamat berlangsung pada hari rabu yang lepas. Alhamdullilah, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengikuti kempen tersebut.

Tujuan kempen ini diadakan ialah untuk mencari reader bg mahasiswa istimewa. Ape itu reader? Reader tu bermaksud membantu mahasiswa istimewa seperti membaca dan perkara2 yang tidak boleh mahasiswa istimewa ini lakukan. Ini dari konteks kefahaman aku sendiri. Hehehehe~

Sambutan untuk kempen tersebut amat menggalakkan. Malam itu juga turut diwarnai dengan beberapa persembahan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Seni Silat Cekak UM, nyanyian dari saudari Nur Atiqah PERMIUM, Band Kolej kediaman Keempat, Izrinda Juara Nyanyian FESENI dari Kolej Kediaman Kesembilan dan COUPLE BAND

Actually, aku tersentuh bila saudari Nur Atiqah menyanyikan 2 buah lagu. Nyanyiannya penuh dengan keikhlasan. Bagi aku, kecacatan itu bukan penghalang untuk melakukan segalanya. Aku benar-benar bersyukur kerana dilahirkan dengan sempurna.Hopefully, dengan adanya kempen sebegini, diharap mahasiswa/i diluar sana sama-sama membantu dan menghulurkan bantuan kepada mahasiswa istimewa ini. B erat sama di pikul, ringan sama dijinjing~.
p/s

Sorry, aku x fanatik untuk bergambar dgn artis...
CARE4ALL "WE ARE IN ONE HEART"

.::SHOW::.

Pada 8 Januari lepas, aku, deqwan, mirul, wana and ella telah diundang untuk membwat persembahan di HILTON HOTEL sempena MALAM ANUGERAH SUKAN DAN REKREASI UNIVERSITI MALAYA 2009. Actually, aku just join je tuk menari zapin wakil kolej 9 tuk persembahan nie.

Nervous tu memang nervous...Ye r, lama x berdiri kat atas pentas..Hahahah, tp kejap je...beberapa saat..Past tu dah ok dah...

Ade 2 persembahan yang dipersembahkan pd malam tersebut. Pertama, modern dance lagu JAIHO (pussycat dolls) dan yang kedua zapin rancak. Aku x join modern dance, coz x reti la nak menari modern dance. Dah try tp x leh..Hahahahaha...(pada hal boleh je, tp malas nak igt step)

Overoll, semuanya berjalan dgn lancar. But ade siket je kecacatan pada persembahan zapin tuh..Ahakz! Cam shit pon ade...Tetiba music jump...Adoi...Kelam kabut dibwatnye...Deqwan dh bagi signal suruh stop kat teknikal, but teknikal tu wat bdoh jew...Nak x nak kene teruskan je r..Redha jew la..Hahahaha walaupun tgh gelabah masa tuh..

Neway, aku enjoy pada mlm tu walaupon perasaan sedih tu ade

p/s
Prepare tuk FESENI~

.::KABUKI: NELAYAN JEPUN::.

Dengan bangganya, KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT, UNIVERSITI MALAYA mempersembahkan sebuah teater KABUKI : NELAYAN JEPUN mempersembahkan sebuah teater arahan Che Zehan.

Tahun nie, berbeza sedikit dengan tahun2 yang sudah kerana acara teater telah dikeluarkan dari FESENI. So, teater ade pertandingannya tersendiri yang dikenali sebagai FESTIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA. Ia juga berlangsung dari 13-17 Januari 2010 manakala FESENI pula pada pertengahan bulan 3.


Sinopsis
Berlatarkan Jepun di pengakhiran zaman perang, “NELAYAN JEPUN” mengisahkan kejujuran dan kemegahan nelayan - nelayan miskin yang mencari rezeki; hanya untuk kembali membawa tragedi. Kecacatan jiwa dan perasaan bersalah yang memakan diri, seperti menggali kuburnya sendiri.

‘Aku sekarang sedang menggali kuburku. Aku menggali kuburku dengan kedua belah tanganku,’

Menjejak rentetan emosi Susuhi, nelayan Jepun yang menjadi mangsa ujian bom atom. Setelah ditimpa malang berada di kawasan kajian bom atom, Susushi dan rakan nelayannya telah ‘ditelan’ naga hijau yang digeruni sekian lama oleh orang kampungnya. Dalam hingar menyelamatkan diri, Susuhi meninggalkan kapal lalu kembali ke rumahnya.

Berbaloikah kembalinya dari pelayaran maut itu?

‘Apakah kau dengar doa yang diucapkan oleh orang-orang kampungku?’

Dapatkah nelayan-nelayan itu bangkit semula daripada serangan naga hijau yang melumpuhkan pencarian rezeki mereka?


Watak
Susushi Mohd Amirul bin Mohd Isa
Nelayan Jepun yang serba kekurangan dan buta huruf, telah pergi berlayar bersama 3 rakan sepelayarannya; Nelayan 1, Nelayan 2 dan Nelayan 3. Pertembungan dengan letupan hijau daripada ujian bom atom secara mengejut telah menyebabkan keempat-empat mereka tercedera akibat biasan kejadian berkenaan. Kesakitan jiwa dan raga yang dihadapinya menjadi pentas persembahan


Isteri Susushi Mary Kwan
Wanita Jepun yang asli; setia mencinta suaminya yang berlayar demi mencari rezeki di lautan. Kembali suaminya dari layaran memberi kejutan yang teramat lantas menguji kesetiaan dan kemampuannya untuk terus mencinta.


Nelayan 1Muhammad Syahmi Ibrahim
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 2 dan Nelayan 3.


Nelayan 2Nur Farahin binti Abdull Rashih
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 1 dan Nelayan 3.


Nelayan 3 Kenneth Kudi ak. Asit
Kenalan sekampung yang semata pencarian dengan Susushi. Turut sama terlibat dalam kemalangan letupan bom atom di laut bersama 2 nelayan yang lain; Nelayan 1 dan Nelayan 2.

Alhamdullilah, semuanya berjalan dgn baik. Watak Syahmi kali ini agak menyerlah berbanding watak utama. So, kredit and congrate to syahmi coz berjaya mendalami dan menghayati watak yang diberikan. Ramai jugak yang memuji. Ape2 pon, korang dah bwat yang terbaek semasa pertandingan tersebut. Congratulation and klu ade rezeki, insyaallah ade placing....



p/s


aku sebagai crew a.k.a tukang make-up yang x profesional...Hahahaha

Related Posts with Thumbnails