~::Last Exam::~

Alhamdullilah..Akhirnya abis pown exam tuk semester nie. Bermakna, semester 2 tahun 2 akan berakhir x lama lagi untuk diri aku...Huhuhu..Exam kali nie agak susah sket. Hmm, cam ne la nanti..Aku rase teruk je. Tu la SHAFIQ, banyak main dari belajar...Neway, tawakkal je la pada ALLAH. Actually, 7 paper aku ambik sem nie. Huhuhu...Nazak dibuatnya...

hmm...
Antara subjek-subjek yang aku ambik sem ini ialah
Kimia Organik II, Kimia Fizik II, Kimia Ubatan, Kimia Nuklear, Kimia Polimer, Spektroskopi Molekul & Interpretasi, dan Falsafah Pembangunan.
Hurh..Memang payah semua nie. Apa apa pown, syukur allahamdullilah coz semua tue dah berakhir walaupun sepanjang minggu exam nie, mata aku bengkak sebelah. Enta, x tau apa punca nye. Lambat jugak mata nie nak baik. Dah 2minggu kot bengkak sebelah. Nasib baik la x serius sangat. Sekarang ni, dah okey dah.Heheheh

Sebenarnya memang nak update entry ni wahai EN. DAOZ, tp, entah sejak minggu lepas, blog aku x leh log in. Wah, kecewa rasenya. Baru ade idea nak menambah cerita kat blok nie. X pe la xde rezeki. Ari nie aku buka blog aku kat fac sains. Hurmm, tiba2 je boleh masuk. Dah okey dah tue kot. Hurayyy!!!

Ape2 pown, ari nie rase tenang sket coz exam dah abis. So plan cuti nie, nak keje dan terus kerja. Nak menjadi seorang pekerja part time yang berjaya. Ahakz~ Poyo la aku nie. Ingat, 24hb Mei nie ade citrawarna. 10-17hb Mei nie, ade sukarelawan kat kolej lima. Wah, hidup aku bertambah sibuk untuk beberapa seketika nanti...

~>>Fick_sCaVo<<~

~::Happy Birthday Ayah::~

Hari ini merupakan 1 MEI 2008 atau dikenali sebagai Hari Pekerja. Hari ini juga merupakan hari lahir ayah aku yang ke-48 tahun. Kalau x silap lah. Hehehe...Untuk itu, di kesempatan ini, SHAFIQ nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kat ayah dan semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki...

p/s
Jangan nak marah2 je..Hehehe
~>>FiCk_sCaVo<<~

~::Bored::~

Ini la keje aku bile bosan2 kat bilik. Ambil laptop then tanggap gambar...Hahaha..Syok sendiri je aku nie...Hohoho~ Thanks to dayat kerana sudi meminjamkan laptop dia. Neway, ini lah hasilnya...




~>>FiCk_sCaVo<<~

~::Anugerah Juara Lagu::~

Malam nie, mahu berehat-rehat sahaja till kol 12:00 tengah malam. Hehehe...Walaupun, ari jumaat nie ade exam, entah kenapa malas plak nak baca buku. Tunggu je la till kol 12:00 tengah malam. Aku sambung baca buku untuk exam hari jumaat nanti. Sekarang, tgh nak bwat blog baru. Hmm, dah 2 blog aku kene spam. Arrgghh...Malang tol nasib. Nak wat cam ner. Orang tengah belajar bwat blog. Semua nie masih baru lagi bwat aku even kat friendster sebenarnya, aku dah de blog. Tapi kat situ, cam x best je. Hahaha. Okey, tahun nie, actually x rancang pown nak gi Anugerah Juara Lagu. Ye lah, klu nak ikutkan sebelum2 nie, tgk kat depan tv je setiap tahun. Teringin plak hati nie nak tgk secara live. Either best atau x..


Masa on that day tuh, kiteorang bertolak lewat sket. Tuh pun nasib baik coz kakak syahmi yang tumpangkan. Klu x, terpaksa lah naik komuter ke bukit jalil tuh. Malam tuh gak, cuaca x berapa baik. Huhuhu..Ingat lagi hujan lebat masa tuh. Tergerak jugak hati nie. Entah sempat lagi x sampai coz jam kat handphone dah menunjukkan tepat kol 8.30 mlm. Alhamdullilah, akhirnya sampai jugak walaupun memang dah lewat giler masa tuh. Sampai2 je, tgk2 tempat duduk dah penuh. Walaupun dapat tiket platinum pown, still x de tempat kosong. So, ape lagi, terpaksa la mencelah ke sana ke sini mencari tempat duduk. Akhirnya, terpaksa la duduk kat tangga. Mujur la posisi tempat duduk tuh berdekatan dengan tempat pengacara majlis. Jarak dengan pentas pown, x lah jauh sangat. Boleh la...


Persembahan pada malam tuh, memang hebat2 belaka. Perasaan tengok secara live dengan duduk kat depan tv memang berbeza. Malam tuh persembahan Siti Nurhaliza cam x best sangat. X best dari segi suara kot. Enta, bagi aku suara dia cam lain. Cam preparation untuk juara lagu masih x sepenuhnya kot. Tapi konsep persembahan yang ditonjolkan memang best.

Overall, malam tuh memang best. Lagu Fazli zainal boleh tahan. Tapi sayangnya, xde rezeki. Xsangka plak yang lagu Izinkan Aku Pergi - Kaer yang dinyanyikan oleh Saahri berjaya memenangi katogeri balada. Betol2 memang x sangka. Jac dan Lah pun meletop gak. Masing2 menonjolkan vokal masing-masing. Meremang bulu roma aku masa Jac nyanyi pada malam tuh.

Yang betul2 paling best, persembahan Estranged. Wah, arrangement lagu yang dibwat memang fresh giler. Sedap, dan memang dah jangka yang Estranged akan menang juara lagu kali nie. Tengok2 betol sangkaan aku. Estranged memang layak menang untuk juara lagu tahun nie. Cayalah..














After abis je juara lagu tu, kiteorang ape lagi. Mencari "mangsa-mangsa" untuk mengambil gambar bersama. Ramai la artis yang aku nampak malam tuh. Antaranya, Nora Danish, Azwan Ali, Kumpulan Delima, Farhan, Ifa Raziah, dan banyak lagi la. Ada lah juga aku sempat mengambil gambar bersama dengan diaorang. Ape-ape pown, malam tuh memang enjoy abis. Weee~

~>>FiCk_sCaVo<<~


Related Posts with Thumbnails