Masa : 3 Hari 2 Malam
Pada cuti sem yang lepas, sempat la jugak aku join sebuah projek perkhemahan iaitu XPDC Gegar Sg. Congkak. Pada asalnya, projek nie adalah projek Berakit di Sungai Nenggiri tetapi malangnya terpaksa diubah atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Ye la, bulan disember, biasenya musim hujan. Lebih-lebih lagi lokasi asal yang dirancang ialah di Kelantan. Memandangkan Kelantan mengalami banjir dan hujan yang lebat, maka lokasi tersebut terpaksa diubah ke lokasi lain atas sebab keselamatan. Biar pun lokasi ditukar, ia bukan satu halangan untuk meneruskan projek perkhemahan ini.
Erm, seperti biase, berkhemah-khemah nie bukan la perkara yang asing bg aku. Dulu masa skola pon aku penah menyertai program sebegini. Heheheh...Walaupon sakit-sakit badan menempa, kepuasan tu x dapat digambarkan. Just benda yg paling aku x suka ialah pacat or lintah. Terasa geli dgn binatang ini. Lalalala~
Neway, just aku nak komen la sket pasal projek perkhemahan nie. Bukan untuk meng"kondem" tetapi ini pendapat personal aku. Yang pertamanya, pengisian terlalu kosong dan tidak diatur dengan baek. Ia membuatkan aku rase bosan dgn kebanyakkannya melakukan aktiviti sendiri. Sepatutnya setiap masa diisi dgn aktiviti, barula dinamakan perkhemahan. Biar penat coz dah namanya aktiviti luar bukan aktiviti berkhelah di tepi sungai atau tdo separuh hari dikhemah. Yang kedua, mengenai peralatan asas seperti lampu ayam atau sumber lampu. Seriously, 2 mlm berturut-turut mengalami kegelapan memandangkan di tapak perkhemahan ketiadaan sumber cahaya kecuali unggun api. Klu ade pon, ia dr sumber lampu picit dan lampu handset. Hope next year, klu la projek ini dikekalkan, perkara2 seperti ini tidak akan berulang ye!