♥C.A.R.E.4.A.L.L♥

Satu KEMPEN KESEDARAN MAHASISWA ISTIMEWA UNIVERSITI MALAYA anjuran Kolej Kediaman Keempat telah selamat berlangsung pada hari rabu yang lepas. Alhamdullilah, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengikuti kempen tersebut.

Tujuan kempen ini diadakan ialah untuk mencari reader bg mahasiswa istimewa. Ape itu reader? Reader tu bermaksud membantu mahasiswa istimewa seperti membaca dan perkara2 yang tidak boleh mahasiswa istimewa ini lakukan. Ini dari konteks kefahaman aku sendiri. Hehehehe~

Sambutan untuk kempen tersebut amat menggalakkan. Malam itu juga turut diwarnai dengan beberapa persembahan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Seni Silat Cekak UM, nyanyian dari saudari Nur Atiqah PERMIUM, Band Kolej kediaman Keempat, Izrinda Juara Nyanyian FESENI dari Kolej Kediaman Kesembilan dan COUPLE BAND

Actually, aku tersentuh bila saudari Nur Atiqah menyanyikan 2 buah lagu. Nyanyiannya penuh dengan keikhlasan. Bagi aku, kecacatan itu bukan penghalang untuk melakukan segalanya. Aku benar-benar bersyukur kerana dilahirkan dengan sempurna.Hopefully, dengan adanya kempen sebegini, diharap mahasiswa/i diluar sana sama-sama membantu dan menghulurkan bantuan kepada mahasiswa istimewa ini. B erat sama di pikul, ringan sama dijinjing~.
p/s

Sorry, aku x fanatik untuk bergambar dgn artis...
CARE4ALL "WE ARE IN ONE HEART"

2 comments:

Rahmat Hidayat said...

sape artis2 tu sume? aku xknal huhu

fIcK a.k.a kaka said...

to matt: erm, band couple...lagu dia ade kat filem KAMI THE SERIES...

Related Posts with Thumbnails